Lonely...
I'm mrs lonely...
i have nobody...
Apa dah jadi...ooo
Hahaha...Lonely ? Maksudnya sendirian . Tajuk lonely nie aku pilih sebab aku nak bercerita tentang tempat duduk aku dalam kelas . Begini ceritanya :-
Beberapa hari yang lalu , guru kelas tercinta kami (Puan Suzana Shaharuddin) telah menukarkan tempat duduk kami sekelas (2 Cekal) setelah mendengar aduan-aduan negatif daripada majoriti guru yang mengajar kami . Antara aduan yang diterimanya ialah 1)BISING dan 2)BIADAP.
Oleh itu , Puan Suzana nekad untuk menukar tempat duduk kami bagi mengelakkan kami duduk secara berkumpulan seterusnya mencetus suasana harmoni , mesra , ramah tamah dan ceria.(sebenarnya riuh rendah)
Akhirnya , berlakulah perkara yang kami takut-takutkan itu ... Dan dengan sekelip mata , DUSHH ! Semua orang dah duduk dekat chair yang sebelum ini bukan hak miliknya . AKU ? "Terima Kasih" Puan Suzana kerana telah memberikan saya tempat duduk yang sangadd-sangadd strategik :P iaitu di tempat paling kiri dan second belakang . Setiap orang ada company masing-masing dan sepatutnya aku pun ada seems kerusi dan meja disusun two by two .
Tapi malangnya , kalau semua orang dapat satu meja dan kerusi , aku pulak dapat dua meja dan kerusi . Maksudnya , sebelah aku tak ada orang . Untuk pengetahuan semua , tempat duduk yang di barisan belakang aku semuanya kosong tak berpenghuni .
Masa cikgu cakap tempat duduk aku yang mana , automatic aku menangis . Sorang-sorang kowt !
Bahaya tu !!! Tapi lama lama duduk dekat situ , aku rasa selesa dan suka pulak tempat tu . Sebelum ni duduk dekat kalangan member , we all selalu bercakap , buat bising sampai kerja sekolah tak siap dan cikgu semua asyik membebel.
Tapi sekarang , cikgu membebel dan aku asyik melukis kat belakang . Memandangkan cikgu tak perasan , aku teruskan kerja peribadi aku dan hasilnya , jengjeng !!!
1)kerja sekolah tak buadd !
2)tak tahu nak buadd apa.
3)cikgu terangkan sampai berbuih mulut aku tak dengar.
4)menjadi pelajar cemerlang dengan tidak bercakap langsung dalam kelas . (sebab busy melukis . haha)